HALAMAN UTAMA

Sunday, 2 April 2023

PUASA

 ERTI PUASA

Puasa secara bahasa bermaksud “menahan diri“. Dari segi istilah syarak puasa bermaksud “menahan diri daripada makan, minum dan perkara-perkara yang membatalkan puasa bermula daripada terbit fajar shadiq sehingga terbenam matahari berserta niat“. 


JENIS PUASA DALAM ISLAM

Puasa wajib (fardu):

1. Diwajibkan oleh Allah: Puasa bulan Ramadan

2. Diwajibkan oleh Hamba: Puasa nazar, Puasa Kafarah, Puasa Qada



Puasa sunat:

1. Sunat mutlaq: Puasa yang tiada pengkhususan waktu oleh dalil

2. Sunat muqayyad: Puasa yang ada pengkhususan waktu oleh dalil, seperti Puasa enam hari Syawal, Puasa Isnin dan Khamis, Puasa hari ‘Arafah, Puasa hari Tasu’a, Puasa Ayyamul Bidh (Puasa hari putih), dan Puasa ‘Asyura


Puasa haram:

Puasa pada hari raya ‘Aidilfitri dan ‘Aidiladha, dan Puasa pada hari Syak (hari ke-30 bulan Syaaban)


Puasa makruh:

Puasa hari ‘Arafah bagi mereka yang mengerjakan haji



DALIL PUASA FARDHU RAMADHAN


Perintah anjuran berpuasa di bulan Ramadan sebagai satu daripada ibadah yang fardu adalah merupakan perintah yang wajib bagi setiap Muslim. Dalil-dalil tentang kewajipan puasa fardu Ramadan adalah;






Hadis Rasulullah SAW,

عَنِ ابْنِ عُمَرَ رضى الله عنهما قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم “‏ بُنِيَ الإِسْلاَمُ عَلَى خَمْسٍ: شَهَادَةِ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ، وَإِقَامِ الصَّلاَةِ، وَإِيتَاءِ الزَّكَاةِ، وَالْحَجِّ، وَصَوْمِ رَمَضَانَ “

“Daripada Ibn ‘Umar R.Anhuma, beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda: Islam dibangun atas lima (perkara), Syahadah La ilaha illallah dan Muhammad Rasulullah, mendirikan solat, mengeluarkan zakat, haji, dan puasa Ramadan.” [4]


Hadis daripada Talha bin ‘Ubaidillah RA, yang menceritakan bahawa ada seorang Arab Badwi yang berambut kusut datang bertemu dengan Rasulullah SAW lalu bertanya tentang puasa kepada baginda, sebagaimana berikut;

” فَقَالَ أَخْبِرْنِي مَا فَرَضَ اللَّهُ عَلَىَّ مِنَ الصِّيَامِ فَقَالَ ‏”‏ شَهْرَ رَمَضَانَ، إِلاَّ أَنْ تَطَّوَّعَ شَيْئًا ‏”‏‏

“Maklumkan kepadaku mengenai puasa apa yang Allah wajibkan kepadaku, Baginda SAW bersabda, puasa sebulan Ramadan, melainkan jika engkau ingin berpuasa lebih sebagai puasa sunat.” [5]


No comments:

Post a Comment