
A)Paling Dekat Itu Mati
- Banyak benda yang paling dekat.Contohnya paling dekat ada yang akan jawab sahabat,dekat rumah,ayah,ibu dan macam-macam jawapan lagi.Tapi jawapan paling tepat yang paling dekat dengan kita semua ialah mati kerana mati itu pasti.."kullu nafsiin zaaikatulmaut"(setiap manusia pasti merasai mati).Ia tidak kira usia kita tua atau muda kaya atau miskin,bijak atau bodoh.Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara.Kematian itu adalah paling menyakitkan dan memeritkan apabila nyawa dicabut oleh malaikat izrail as.Amal dan taqwa menjadi bekalan kita apabila tiba disana iaitu alam barzakh.
B)Paling Jauh Itu Masa Lalu
-Jika ditanya pada anda semua apa yang paling jauh dengan kita?pasti ada yang akan menjawab matahari,negeri sabah,rumah kassim,bilik bos dan macam-macam lagi.Apa yang utama paling jauh adalah masa lalu.Masa lalu disini bermaksud masa yang kita semua pernah melaluinya ia berlaku dan menjadi sejarah pada hari ini.
C)Paling Besar Itu Nafsu
-Jika ditanyakan pada semua apa yang paling besar ada yang jawab bulan,bumi gajah atau pasaraya giant haha..kelakar bukan.Tapi yag nyata dan jelasnya jawapannya hanya satu iaitu paling besar nafsu.Nafsu ada pada semua orang.Tapi apabila tidak mengawalnya ia boleh menguasai pemikiran seseorang itu dan bertindak diluar kawalan.Bermujahadah atau berperang dengan nafsu itu adalah perkara yang terbaik.Nafsu ini ada yang nafsu makan,nafsu serakah,nafsu syahwat.Apa-apapun kita sebagai umat islam harus memerangi nafsu dengan berpuasa atau lebih banyak mengingati allah.Insyallah hati kita akan menjadi tenang dan aman.
D)Paling Berat Itu Amanah
-Apa paling berat dalam dunia ini?mesti ada yang terpinga-pinga menjawabnya.Ada yang jawab meja,tong gas,batu bata,besi dan sebagainya.Namun yang paling berat ialah amanah.Kenapa amanah?sebabnya kerana amanah ramai yang tidak jujur dan boleh dipercayai apabila diberi kepercayaan memegang sesuatu hak atau benda.Contoh sebuah syarikat yang mendapat keuntungan dengan banyaknya namun ada pembelot yang menggelapkan duit syarikat itu.Akhirnya syarikat itu
muflis dan mengalami kerugian.Ibarat berat bahu memikul,berat lagi memegang amanah.
E)Paling Ringan Itu Tinggal Solat
-Apa paling ringan dalam dunia ini?kapas,pensil,kertas atau sebagainya jawapan yang bermain difikiran apabila ditanyakan pada anda.Tapi jawapan yang paling tepat sekali adalah tinggalkan solat.Pelik bukan?jawapannya macam tak boleh diterima tapi itulah hakikatnya.Solat itu tiang agama,tanpa tiang boleh ke kita nak binakan sebuah rumah?begitulah perumpamaanya yang mana imam gahzali ra pernah bertanyakan pada muridnya dan jawapannya adalah tinggal solat.Ia benar,kerana solatlah ramai yang cuai dan banyak menghabiskan masa dengan duniawi sehingga mengabaikan perintah allah swt ini.Kerja yang banyak bertimbun-timbun dekat opis boleh buat,tapi solat hanya 5 minit sahaja tak sempat buat.Allah swt berfirman,tidak aku ciptakan jin dan manusia melainkan menyembah padaku.
F)Paling Tajam Itu Lidah
-Apa paling tajam dalam dunia ini?adakah pisau,pedang,duri atau lain-lain.Itu semua
betul tapi paling tepat adalah lidah.Kerananyalah ramai yang berkelahi sesama saudara sanggup membunuh,mengumpat,menyebar fitnah dan menjadi batu api.Terlajak perahu boleh diundur,terlajak kata buruk padahnya.Kerana nya jugalah ramai yang berbohong melakukan kerosakan dan kejahatan.Ia berbisa seperti ular boleh merebak kepada sesiapa yang terkena.
Jadi beringatlah kita sebelum berlaku perkara buruk dikelak hari.
No comments:
Post a Comment