
Islam merupakan satu-satunya agama yang dapat membawa manusia menuju kehidupan akhirat yang bahagia, karena islam adalah agama yang diredhai oleh sang pencipta alam semesta ini yaitu Allah azza wajalla.
Namun ada sebuah hadits yang menerangkan bahwa umat islam (buka agama islam) akan terpecah menjadi 73 golongan, yang 72 masuk neraka dan yang satu masuk syurga, siapakah yang satu golongan ini? Berikut sabda Nabi :
عَنْ عَوْفِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ: قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: اِفْتَرَقَتِ الْيَهُوْدُ عَلَى إِحْدَى وَسَبْعِيْنَ فِرْقَةً فَوَاحِدَةٌ فِي الْجَنَّةِ وَسَبْعُوْنَ فِي النَّارِ وَافْتَرَقَتِ النَّصَارَى عَلَى ثِنْتَيْنِ وَسَبْعِيْنَ فِرْقَةً فَإِحْدَى وَسَبْعُوْنَ فِي النَّارِ وَوَاحِدَةٌ فِي الْجَنَّةِ وَالَّذِيْ نَفْسُ مُحَمَّدٍ بِيَدِهِ لَتَفْتَرِقَنَّ أُمَّتِيْ عَلَى ثَلاَثٍ وَسَبْعِيْنَ فِرْقَةً وَاحِدَةٌ فِيْ الْجَنَّةِ وَثِنْتَانِ وَسَبْعُوْنَ فِيْ النَّارِ، قِيْلَ: يَا رَسُوْلَ اللهِ مَنْ هُمْ؟ قَالَ: الْجَمَاعَةُ.
Dari ‘Auf bin Malik, ia berkata: “Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, ‘Yahudi terpecah menjadi 71 (tujuh puluh satu) golongan, satu (golongan) masuk Surga dan yang 70 (tujuh puluh) di Neraka. Dan Nasrani terpecah menjadi 72 (tujuh puluh dua) golongan, yang 71 (tujuh puluh satu) golongan di Neraka dan yang satu di Surga. Dan demi Yang jiwa Muhammad berada di Tangan-Nya, ummatku benar-benar akan terpecah menjadi 73 (tujuh puluh tiga) golongan, yang satu di Surga, dan yang 72 (tujuh puluh dua) golongan di Neraka,’ Ditanyakan kepada beliau, ‘Siapakah mereka (satu golongan yang masuk Surga itu) wahai Rasulullah?’ Beliau menjawab, ‘Al-Jama’ah.’(Ibnu Majah, dalam kitab Sunan-nya Kitabul Fitan bab Iftiraaqil Umam no. 3992.)
Golongan yang terselamat disebutkan dalam hadis ini ialah golongan jamaah yang mana golongan sahabat,orang alim,ulama yang berpegang pada sunnah dan ajaran Nabi Muhammad saw.Golongan sahabat menjadikan Rasulullah saw sebagai rujukan mereka dan gaya hidup sezaman dengan baginda saw.Istiqamah dijalan kebenaran berlandaskan sunnah hadis dan alquran.Golongan seperti ini diakhir zaman tidak terlalu ramai kerana ada yang sudah rosak akhlak mahupun akidahnya.Berdoalah kita semua semoga tergolong dalam golongan yang terselamat dari azab api neraka nanti.amin..
No comments:
Post a Comment