HALAMAN UTAMA
-
Cegah Dengan Tangan,Lisan dan Hati A.Tangan -Cegah dengan tangan yakni kita menghentikan perbuatan itu dengan bertindak sewaja...
-
1.Nabi Musa as -Nabi Musa as adalah nabi dan rasul yang hidup dizaman pemerintahan diktat...
-
A)Paling Dekat Itu Mati - Banyak benda yang paling dekat.Contohnya paling dekat ada yang akan jawab sahabat,dekat rumah,ayah,ibu...
-
Sesungguhnya apabila mati seseorang anak adam maka terrputuslah semua haknya kecuali 3 amalan yang dapat membantu: 1)Doa Ana...
-
Faham betul-betul...... Petikan ini penulis ambil daripada al fadhil ustaz haslin bahrin iaitu lebih dikenali dengan ...
-
SIFAT MAHMUDAH -Sifat mahmudah(yang terpuji)adalah sifat yang mendorong ke arah kebaikan dan sentiasa dalam keadaan tenang apabil...
-
1) Pemimpin/Pemerintah Yang Adil - Pemerintah yang adil. Ini kerana tanggungjawab dipikul pemerintah dalam melaksanakan kea...
-
Islam merupakan satu-satunya agama yang dapat membawa manusia menuju kehidupan akhirat yang bahagi...
-
L ailatul Qadar ( Bahasa Arab : لیلة القدر ) adalah satu malam yang khusus terjadi di bulan Ramadhan. Ayat al-Qur'an diturunkan...
Wednesday, 25 July 2018
4 Sifat Wajib Rasul
A.SIDDIQ(Benar)
-Rasulullah saw dalam ucapan dan pertuturan nya sentiasa benar.1. SIDIQ (JUJUR)
Setiap rasul pasti jujur dalam ucapan dan perbuatannya. Apa apa yang telah disampaikan kepada manusia baik berupa wahyu atau khabar sesuai dengan apa yang telah diterima dari Allah tidak boleh dilebihkan atau dikurangkan. Dalam erti lain apa yang disampaikan kepada manusia pasti benar adanya, kerana memang bersumber dari Allah. Ucapan dan perbuatannya itu tiada lain hanyalah wahyu yang diwahyukan atau risalah yang diterima dari Allah.”Apa yang diberikan Rasul kepadamu maka terimalah dia. Dan apa yang dilarangnya bagimu maka tinggalkanlah,” (al-Hasyr, 7)
2. AMANAH (Percaya)
Amanah bererti boleh dipercayai baik zahir atau batin. Sedangkan yang dimaksudkan di sini bahawa setiap rasul adalah dapat dipercaya dalam setiap ucapan dan perbuatannya. Para rasul akan terjaga secara zahir atau batin dari melakukan perbuatan yang dilarang dalam agama, begitu pula hal yang melanggar etika.
“Sesungguhnya aku adalah seorang rasul kepercayaan (yang diutus) kepadamu,” (asy-Syuara’ 143)
3. TABLIGH (Menyampaikan)
Sudah menjadi kewajipan para rasul untuk menyampaikan kepada manusia apa yang diterima dari Allah berupa wahyu yang mengandungi didalamnya hukum hukum agama. Jika Allah memerintahkan para rasul untuk menyampaikan wahyu kepada manusia, maka wajib bagi manusia untuk menerima apa yang telah disampaikan dengan keyakinan yang kuat sebagai bukti atau saksi akan kebenaran wahyu itu.
Allah berfirman, “(iaitu) orang-orang yang menyampaikan risalah-risalah Allah, mereka takut kepada-Nya dan mereka tiada merasa takut kepada seorang (pun) selain kepada Allah. Dan cukuplah Allah sebagai Pembuat Perhitungan.” (al-Ahzab, 39).Hal ini bisa dikiaskan bahawa jika Allah memberikan wahyu kepada para rasul untuk tidak disampaikan atau dirahsiakan kepada manusia, maka tidak wajib bagi manusia untuk mempelajarinya. Sedangkan menyampaikan adalah hal yang wajib dan menyembunyikan adalah hal yang terlaknat dan tercela.
4. FATHONAH (Bijaksana)
Dalam menyampaikan risalah Allah, tentu memerlukan kemampuan, diplomasi, dan strategi khusus agar wahyu yang tersimpan didalamnya hukum-hukum Allah dan risalah yang disampaikan boleh diterima dengan baik oleh manusia. Kerana itu, seorang rasul wajib memiliki sifat cerdas. Kecerdasan ini sangat berfungsi terutama dalam menghadapi orang-orang yang membangkang dan menolak ajaran Islam.
Maka diharuskan bagi kita untuk meyakinkan bahawa para rasul itu adalah manusia yang paling sempurna dalam penampilan, akal, kekuatan berfikir, kecerdasan dan pembawaan wahyu yang diutus pada zamannya. Kalau saja para rasul itu tidak sesuai dengan sifat sifatnya maka mustahil manusia akan menerima dan mengakuinya. Sifat-sifat itu merupakan satu hujah bagi mereka agar apa yang disampaikan boleh diterima dengan baik.
Allah berfirman: “Dan itulah hujah Kami yang Kami berikan kepada Ibrahim untuk menghadapi kaumnya.” (al-An’am, 83).
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment