1)Pemimpin/Pemerintah Yang Adil
-Pemerintah yang adil. Ini kerana tanggungjawab dipikul pemerintah dalam melaksanakan keadilan adalah perkara yang amat berat dan bukanlah mudah bagi seorang pemimpin untuk melaksanakan keadilan terhadap semua rakyatnya. Sekiranya keadilan ini berjaya ditunaikan, ganjarannya adalah amat besar sekali. Namun jika gagal, dia menjadi pemerintah yang zalim dan azab menanti di akhirat.
2)Orang Yang Hatinya Sentiasa Terikat Pada Masjid
-Sesungguhnya terdapat hadis menyebutkan bahawa dua hayunan kaki yang melangkah ke masjid ganjarannya amat besar di sisi Allah SWT dan dikategorikan sebagai satu sedekah.
3)Dua Orang Sahabat Yang Berjumpa dan Berpisah Kerana Allah Taala
-Hubungan yang terjalin di atas dasar yang bercanggah dengan syariat sehingga melanggar batas agama, adab kesopanan dan sebagainya adalah hubungan yang menjurus ke arah dosa dan maksiat. Seharusnya ikatan kasih sayang yang dijalinkan sesama manusia mestilah ikhlas dan mendapat keredhaan Allah agar perhubungan itu mendapat pahala, restu dan keberkatan daripada-Nya.
4)Orang yang Bersedakah Sehingga Tangan Kirinya Tidak Tahu Apa Yang Diberikan
-Menggambarkan mengenai keikhlasan hati orang yang bersedekah. Sesungguhnya tidak ramai orang dapat menyembunyikan kebaikan dilakukannya melainkan akan terdapat perasaan riak dan ingin menunjuk supaya mendapat pujian atau sanjungan dari orang ramai.
5)Orang Yang Sentiasa Mengingati Allah
-Dimana orang ini sentiasa menangis berlinangan airmata dan menyesali perbuatan dosanya dengan memperbanyakkan mengingati allah disamping mengamalkan zikir-zikir munajat dengan rasa rendah diri dan memperhambakan dirinya semata-mata hanyalah kepada allah swt.
6)Pemuda Yang Sentiasa Mengerjakan Ibadat
-Menggambarkan seorang pemuda yang hatinya terikat pada satu iaitu solat.Ini kerana sebaik-baik masa dan semahal-mahal harganya di dalam hidup seseorang manusia adalah ketika alam remaja kerana pada usia muda seseorang berbagai ujian dan godaan terpaksa ditempuhi. Maka beruntunglah pemuda yang berjaya melepasi rintangan itu.
7)Orang Yang Diajak Bermaksiat Namun Menolaknya
-Menggambarkan seseorang yang diajak untuk melakukan maksiat penzinaan lalu menolaknya kerana takut dan gentar akan azab allah swt.Lalu dia beristighfar memohon keampunan dari allah swt.
No comments:
Post a Comment