RUKUN, SYARAT WAJIB DAN SYARAT SAH PUASA
💨Rukun Puasa
1. Niat
2. Menahan diri daripada makan dan minum, dan daripada perkara-perkara yang membatalkan puasa dari terbit fajar (fajar shodiq) hingga terbenamnya matahari.
💨Syarat Wajib Puasa
1. Islam
🔅Ibadah puasa hanya disyariatkan bagi umat Islam sahaja, adapun apabila seseorang kafir masuk Islam pada bulan Ramadan, maka dia wajib melaksanakan puasa Ramadan.
2. Baligh(Cukup Umur)
🔅Anak kecil yang belum baligh tidak diwajibkan berpuasa, namun adalah sangat digalakkan untuk mengajari mereka berpuasa dari kecil kerana ini bertepatan dengan anjuran dalam sebuah hadis Rasulullah SAW.
3. Berakal
🔅Orang gila tidak diwajibkan berpuasa bahkan tidak wajib menggantikan puasanya ketika dia masih gila.
4. Bermukim
🔅Orang yang sedang dalam safar tidak wajib berpuasa malah mereka diberikan pilihan sama ada untuk terus berpuasa ataupun tidak semasa safar. Jika memilih tidak berpuasa, mereka wajib menggantikan bagi hari puasa yang ditinggalkan tersebut.
5. Suci daripada haid dan nifas
🔅Wanita dalam keadaan tidak suci kerana haid atau nifas tidak wajib berpuasa, tetapi mereka wajib menggantikan hari yang ditinggalkan tersebut.
6. Mampu berpuasa
🔅Islam tidak membebankan umatnya yang uzur. Puasa tidak wajib bagi orang yang sakit dan tidak mampu berpuasa, namun mereka wajib menggantikan semula sebanyak hari yang mereka tinggalkan itu.
💨Syarat Sah Puasa
1. Islam
2. Mumayyiz (dapat membezakan yang baik dan buruk)
3. Suci daripada haid, nifas, dan wiladah
4. Berpuasa pada waktunya