HALAMAN UTAMA

Sunday, 2 April 2023

RUKUN, SYARAT WAJIB DAN SYARAT SAH PUASA

 

RUKUN, SYARAT WAJIB DAN SYARAT SAH PUASA







💨Rukun Puasa

1. Niat

2. Menahan diri daripada makan dan minum, dan daripada perkara-perkara yang membatalkan puasa dari terbit fajar (fajar shodiq) hingga terbenamnya matahari.


💨Syarat Wajib Puasa

1. Islam

🔅Ibadah puasa hanya disyariatkan bagi umat Islam sahaja, adapun apabila seseorang kafir masuk Islam pada bulan Ramadan, maka dia wajib melaksanakan puasa Ramadan.

2. Baligh(Cukup Umur)

🔅Anak kecil yang belum baligh tidak diwajibkan berpuasa, namun adalah sangat digalakkan untuk mengajari mereka berpuasa dari kecil kerana ini bertepatan dengan anjuran dalam sebuah hadis Rasulullah SAW.


3. Berakal

🔅Orang gila tidak diwajibkan berpuasa bahkan tidak wajib menggantikan puasanya ketika dia masih gila.

4. Bermukim

🔅Orang yang sedang dalam safar tidak wajib berpuasa malah mereka diberikan pilihan sama ada untuk terus berpuasa ataupun tidak semasa safar. Jika memilih tidak berpuasa, mereka wajib menggantikan bagi hari puasa yang ditinggalkan tersebut.

5. Suci daripada haid dan nifas

🔅Wanita dalam keadaan tidak suci kerana haid atau nifas tidak wajib berpuasa, tetapi mereka wajib menggantikan hari yang ditinggalkan tersebut.

6. Mampu berpuasa

🔅Islam tidak membebankan umatnya yang uzur. Puasa tidak wajib bagi orang yang sakit dan tidak mampu berpuasa, namun mereka wajib menggantikan semula sebanyak hari yang mereka tinggalkan itu.


💨Syarat Sah Puasa

1. Islam

2. Mumayyiz (dapat membezakan yang baik dan buruk)

3. Suci daripada haid, nifas, dan wiladah

4. Berpuasa pada waktunya














PUASA

 ERTI PUASA

Puasa secara bahasa bermaksud “menahan diri“. Dari segi istilah syarak puasa bermaksud “menahan diri daripada makan, minum dan perkara-perkara yang membatalkan puasa bermula daripada terbit fajar shadiq sehingga terbenam matahari berserta niat“. 


JENIS PUASA DALAM ISLAM

Puasa wajib (fardu):

1. Diwajibkan oleh Allah: Puasa bulan Ramadan

2. Diwajibkan oleh Hamba: Puasa nazar, Puasa Kafarah, Puasa Qada



Puasa sunat:

1. Sunat mutlaq: Puasa yang tiada pengkhususan waktu oleh dalil

2. Sunat muqayyad: Puasa yang ada pengkhususan waktu oleh dalil, seperti Puasa enam hari Syawal, Puasa Isnin dan Khamis, Puasa hari ‘Arafah, Puasa hari Tasu’a, Puasa Ayyamul Bidh (Puasa hari putih), dan Puasa ‘Asyura


Puasa haram:

Puasa pada hari raya ‘Aidilfitri dan ‘Aidiladha, dan Puasa pada hari Syak (hari ke-30 bulan Syaaban)


Puasa makruh:

Puasa hari ‘Arafah bagi mereka yang mengerjakan haji



DALIL PUASA FARDHU RAMADHAN


Perintah anjuran berpuasa di bulan Ramadan sebagai satu daripada ibadah yang fardu adalah merupakan perintah yang wajib bagi setiap Muslim. Dalil-dalil tentang kewajipan puasa fardu Ramadan adalah;






Hadis Rasulullah SAW,

عَنِ ابْنِ عُمَرَ رضى الله عنهما قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم “‏ بُنِيَ الإِسْلاَمُ عَلَى خَمْسٍ: شَهَادَةِ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ، وَإِقَامِ الصَّلاَةِ، وَإِيتَاءِ الزَّكَاةِ، وَالْحَجِّ، وَصَوْمِ رَمَضَانَ “

“Daripada Ibn ‘Umar R.Anhuma, beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda: Islam dibangun atas lima (perkara), Syahadah La ilaha illallah dan Muhammad Rasulullah, mendirikan solat, mengeluarkan zakat, haji, dan puasa Ramadan.” [4]


Hadis daripada Talha bin ‘Ubaidillah RA, yang menceritakan bahawa ada seorang Arab Badwi yang berambut kusut datang bertemu dengan Rasulullah SAW lalu bertanya tentang puasa kepada baginda, sebagaimana berikut;

” فَقَالَ أَخْبِرْنِي مَا فَرَضَ اللَّهُ عَلَىَّ مِنَ الصِّيَامِ فَقَالَ ‏”‏ شَهْرَ رَمَضَانَ، إِلاَّ أَنْ تَطَّوَّعَ شَيْئًا ‏”‏‏

“Maklumkan kepadaku mengenai puasa apa yang Allah wajibkan kepadaku, Baginda SAW bersabda, puasa sebulan Ramadan, melainkan jika engkau ingin berpuasa lebih sebagai puasa sunat.” [5]


Wednesday, 25 January 2023

RUKUN IMAN

 


Definisi & Maksud Rukun Iman

Apakah maksud Rukun Iman?

Secara ringkas, Rukun Iman bermaksud tonggak atau dasar utama terhadap agama Islam.

Tiang keimanan (rukun iman) ini wajib dipatuhi setiap orang yang bergelar muslim.

Setelah mengetahui tentang dua kalimah syahadah, kita perlu mengetahui pula pengertian rukun iman dan rukun islam yang menjadi mahkota kehidupan insan yang bertakwa.

Pengertian Rukun Iman Dari Sudut Bahasa

Makna Iman dari segi bahasa adalah percayayakin dan membenarkan.


Pengertian Rukun Iman Dari Sudut Syarak

🔅Manakala, makna iman dari segi syarakpula adalah percaya dengan hati, mengaku iaitu percaya dengan hati, mengaku dengan lidah, dan beramal dengan anggota.Orang lelaki yang beriman disebut sebagai Mukmin manakala orang perempuan yang beriman pula disebut Mukminah.

Rukun Iman terdapat 6 perkara, iaitu:

  1. Beriman kepada Allah SWT.
  2. Beriman kepada malaikat.
  3. Beriman kepada kitab-kitab.
  4. Beriman kepada rasul-rasul
  5. Beriman pada hari Kiamat.
  6. Beriman qada’ dan qadar

A.Beriman Kepada Allah

Apakah maksud percaya kepada Allah?

Maksudnya adalah:

Mempercayai dengan penuh keyakinan bahawa Allah SWT yang mencipta alam ini dan Dialah Tuhan yang berhak disembah dan ditujukan segala pergantungan hidup.

🔅Kita tidak boleh memperhambakan diri dalam segala amalan dunia atau Akhirat melainkan keranaNya.

🔅Seterusnya mempercayai dengan penuh keyakinan bahawa Allah bersifat dengan segala sifat kesempurnaan seperti Maha Mendengar, Maha Mengetahui, Maha Pengasih, Maha Pemurah, Maha Adil dan sebagainya.


B.Beriman Kepada Malaikat

Apakah maksud beriman kepada Malaikat?

Maksudnya adalah:

🔅Mempercayai bahawa Allah SWT mempunyai pesuruh-pesuruh yang sentiasa patuh dan taat menjalankan segala titah perintahNya.

🔅Mereka itulah yang disebut malaikat yang bukan manusia dan bukan binatang.

🔅Mereka dicipta daripada cahaya dengan rupa bentuk yang tersendiri, berakal tetapi tidak mempunyai nafsu.

🔅Mereka tetap patuh dan tidak sesekali akan menderhakai Allah SWT.

🔅Mereka bukan lelaki dan bukan perempuan, bukan jin dan bukan syaitan.



C.Beriman Kepada Kitab

🔅Kitab ialah undang-undang dasar yang dijadikan pedoman atau pengajaran kepada manusia yang hendak dipimpin.

🔅Kitab diberikan kepada para rasul utusan Allah.

🔅Tetapi bagi rasul-rasul yang tidak mempunyai kitab, wajib bagi mereka mengikut dasar kitab yang terdahulu daripadanya.



D.Beriman Kepada Rasul

Allah SWT mewajibkan atas setiap orang Islam supaya beriman kepada semua rasul yang telas diutuskan olehNya tanpa membeza-membezakan antara seorang rasul dengan yang lain.

Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 285, maksudnya:

Kami tidak membeza-bezakan antara seorang pun (dengan yang lain) daripada rasul-rasulnya.


Maksud nabi dan rasul adalah seperti berikut:

Maksud Nabi

🔅Seorang lelaki yang merdeka dan mendapat wahyu daripada Allah tetapi tidak ditugaskan menyampaikan kepada orang lain.

🔅Seorang lelaki yang merdeka dan mendapat wahyu daripada Allah dan ditugaskan untuk menyampaikannya kepada orang lain.Tujuan Allah mengutuskan Rasul adalah untuk mengajak umatnya beribadat kepada Allah dan menegakkan agamaNya.

🔅Menurut keterangan dalam riwayat oleh Abu Zarr al-Ghifari bahawa jumlah para nabi ialah sebanyak 124000 orang.Sementara yang menjadi rasul sebanyak 313 orang sahaja.Walau bagaimanapun, jumlah yang sebenarnya hanya Allah SWT Yang Maha Mengetahui.Daripada 313 orang itu, 25 orang sahaja yang disebut dalam al-Quran yang dimulai dari Adam a.s. sehinggalah kepada Nabi Muhammad SAW.

Nama-Nama Rasul

Nama-nama rasul yang wajib diketahui oleh setiap Mukmin dan Mukminah hanya 25 orang.

Nama-nama nabi dan rasul yang wajib diketahui:

  1. Adam a.s.
  2. Idris a.s.
  3. Nuh a.s.
  4. Hud a.s.
  5. Soleh a.s.
  6. Ibrahim a.s.
  7. Lut a.s.
  8. Ismail a.s.
  9. Ishak a.s.
  10. Yaakub a.s.
  11. Yusuf a.s.
  12. Ayub a.s.
  13. Syu’aib a.s.
  14. Musa a.s.
  15. Harun a.s.
  16. Zulkifli a.s.
  17. Daud a.s.
  18. Sulaiman a.s.
  19. Ilyas a.s.
  20. Ilyasa’ a.s.
  21. Yunus a.s.
  22. Zakaria a.s.
  23. Yahya a.s.
  24. Isa a.s.
  25. Muhammad SAW

E.Beriman Pada Hari Kiamat

Masalah yang berhubung dengan Hari Kiamat amat panjang huraiannya tetapi memadailah dalam artikel ini disentuh seimbas lalu.

Perkara-perkara yang berhubung dengan Hari Kiamat ialah bertitik tolak daripada kepercayaan kepada:

  1. Adanya mati.
  2. Pembalasan alam kubur, azab atau nikmat.
  3. Hari kebangkitan setelah dunia ini dihancurkan kesemuanya.
  4. Padang Mahsyar tempat kesemua manusia dan jin akan dikumpulkan untuk diadili.
  5. Dihisab segala amalan dan dilakukan neraca timbangan.
  6. Meniti titian (sirat). 
  7. Ke Syurga atau ke Neraka.      








F.Beriman Kepada Qada dan Qadar

Perkara terakhir dalam rukun iman adalah percaya kepada qada’ dan qadar.

Pengertian Qada’ dan Qadar

Maksud Qada’ dan Qadar adalah seperti berikut:

Qada"-Kejadian, hukum yang terjadi dan yang berlaku pada diri seseorang seperti kaya, miskin, elok, buruk, untung, rugi, hidup, mati dan sebagainya.

Qadar-Ukuran dan sukatan yang ditentukan atas tiap-tiap makhluk seperti Ahmad telah ditentukan akan sakit pada 1 Muharram.

'








RUKUN ISLAM






Pengertian Islam dari sudut bahasa di ambil dariapda kata dasar salama yang membawa maksud taat dan patuh makakala dari sudut istilah Syarak pula ia membawa kepada makana tunduk, taat dan patut kepada perintah Allah SWT seperti mana yang disampaikan oleh Nabi junjungan besar kita iaitu Nabi Muhmmad SAW

عَنْ أَبِي عَبْدِ الرَّحْمَنِ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ: سَمِعْت رَسُولَ اللَّهِ يَقُولُ: ” بُنِيَ الْإِسْلَامُ عَلَى خَمْسٍ: شَهَادَةِ أَنْ لَا إلَهَ إلَّا اللَّهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ، وَإِقَامِ الصَّلَاةِ، وَإِيتَاءِ الزَّكَاةِ، وَحَجِّ الْبَيْتِ، وَصَوْمِ رَمَضَانَ”.
(رواه البخاري ومسلم)

Dari Abu ‘Abdurrahman ‘Abdullah bin ‘Umar bin Al-Khattab r.a , ia mengatakan bahwa ia mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,“Islam dibangun di atas lima perkara: bersaksi bahwa tidak ada yang berhak disembah melainkan Allah dan bersaksi bahwa Muhammad adalah hamba dan utusan Allah; menunaikan shalat; menunaikan zakat; menunaikan haji ke Baitullah; dan berpuasa Ramadhan.” (HR. Bukhari dan Muslim) [HR. Bukhari, no. 8; Muslim, no. 16]

Seseorang Muslim mesti menghayati dan berpegang teguh kepada rukun Islam yang lima. Andai kata rukun-rukun Islam ini diaplikasikan dalam kehidupan dengan cara yang sebaik-baiknya, sudah tentu ia akan membawa kejayaan besar kepada diri individu, masyarakat dan negara. Islam ialah agama Allah SWT yang diwahyukan kepada Rasul-Nya untuk menjamin keselamatan dan panduan hidup penganutnya.



Rukun Islam ada 5 perkara iaitu;-

  1. Mengucap 2 kalimah syahadah.
  2. Solat 5 waktu.
  3. Puasa di bulan Ramadan.
  4. Mengeluarkan zakat.
  5. Mengerjakan haji (bagi yang berkemampuan)


1. Melafazkan dua kalimah syahadah
Syahadah merupakan lafaz dan ikrar penyaksian tauhid iaitu keyakinan pada Allah SWT dan penyaksian terhadap kerasulan Nabi Muhammas SAW. Syahadah (Penyaksian tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah) adalah pengucapan dua kalimah syahadah yang merupakan penyataan atau ikrar misi dan visi hidup seorang Muslim. Syahadah adalah pengucapan lidah yang melahirkan pengakuan hati dan keinginan jiwa terhadap ketuhanan dan keesaan Allah serta kebenaran Rasul-Nya Muhammad SAW sebagai utusan terakhir yang membawa rahmat kepada keseluruhan alam.

2. Mendirikan Solat
Solat merupakan satu taklifan ke atas semua umat Islam yang mana telah melafazkan ikrar syahadah dalam diri mereka. Ia merupakan satu ibadah wajib yang perlu di lakukan dan meninggalkannya merupakan dosa besar. Solat juga merupakan satu wasilah langsung kita kepada Allah SWT. Kita berkomunikasi dengan Allah SWT melahirkan apa yang dirasa dan difikirkan sama ada rasa gembira atau sebaliknya. Sebagai hamba-Nya, kita boleh meluahkan apa sahaja yang kita rasai tanpa rasa bimbang atau khuatir rahsia itu akan diketahui oleh orang lain. Allah Maha Pendengar dan Maha Penyayang.

Tujuan Solat adalah :

  • Solat mendidik manusia supaya sentiasa mengingati Allah SWT dan mematuhi perintah-Nya.
  • Solat boleh memelihara manusia daripada melakukan kejahatan.
  • Solat akan memberi ketenangan jiwa.
  • Solat akan memberi kejayaan kepada orang mukmin tetapi solat itu hendaklah dilaksanakan dengan penuh khusyuk.

Ibadah solat lebih nikmat dan mendapat pahala yang lebih jika dilakukan secara berjemaah. Sesungguhnya teguhnya tiang-tiang Islam wujud dengan semangat saling mengenal dalam kalangan orang Islam. Juga pada semangat persaudaraan dan tolong menolong dalam menganggat kebenaran dan meruntuhkan kebatikan. Ini tidak dapat disempurnakan, yakni perkenalan dan persaudaraan ini, melainkan sebaiknya dengan menggunakan peranan masjid yang menjadi tempat pertemuan kaum Muslimin untuk menunaikan solat fardu lima waktu.

Lebih-lebih lagi, dalam urusan dunia, manusia mungkin saling berpecah dan dengki antara satu masa lain. Maka dengan wujudnya pertemuan melalui solat berjemaah akan menthabatkan hati-hati mereka daripada terus koyak akibat perpecahan dan menjaga hati mereka daripada kebencian dan hasad. Orang mukmin yang sejati itu bukan seperti orang munafik; orang mukmin menzahirkan solat berjemaah dan ibadah mereka dan berusaha untuk sentiasa ke masjid.
Firman Allah Taala:

إِنَّمَا يَعْمُرُ مَسَاجِدَ اللَّهِ مَنْ آمَنَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ وَأَقَامَ الصَّلَاةَ وَآتَى الزَّكَاةَ وَلَمْ يَخْشَ إِلَّا اللَّهَ ۖ فَعَسَىٰ أُولَٰئِكَ أَن يَكُونُوا مِنَ الْمُهْتَدِينَ
Maksudnya: “Hanyasanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat-sifat yang tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan yang mendapat petunjuk.”
(Surah al-Taubah: 18)

3. Berpuasa di bulan Ramadan
Berpuasa dalam bahasa Arab bermaksud meninggalkan. Manakala dari sudut Syarak ia membawa maksud meninggalkan diri daripada melakukan perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa bermula daripada terbit fajar hingga terbenam matahari dan disertai dengan niat.

Setiap detik sepanjang bulan Ramadhan adalah sebaik baik masa dan sebaik-baik hari di atas muka bumi. Allah telah meberikan kelebihan yang banyak dalam bulan Ramadhan berbanding bulan-bulan lain. puasa bulan Ramadan adalah satu latihan rohaniah bagi mendidik jiwa manusia supaya bersabar, bersyukur dan sentiasa merendah diri sesama manusia. Semasa sedang berpuasa, kita bersabar ketika merasa lapar dan dahaga sepanjang hari. Kita juga diajar sabar ketika merasa marah semasa sedang berpuasa. Ertinya dalam kehidupan seharian hendaklah kita juga bersabar ketika menghadapi pelbagai dugaan dan cubaan

Jika kita boleh bersabar menahan sesuatu yang halal (makan dan minum) kerana perintah ALLAH, maka sudah semestinya kita boleh bersabar menahan sesuatu yang haram (perkara maksiat) juga kerana perintah ALLAH. Ketika berpuasa, kita akan menjaga lidah, mata, telinga serta hati dari melakukan perkara-perkara yang dimurkai ALLAH. Semoga akhlak yang baik ini dapat diteruskan selepas bulan Ramadan dan seterusnya sehingga ke akhir hayat kita. Insya-ALLAH.

4. Membayar Zakat
Zakat ialah kata dasar dalam bahasa Arab daripada perkataan Zaka yang membawapengertian berkat, tumbuh, suci, bersih dan baik atau dapat memberi maksud membersihkan atau mensucikan.
Menurut hukum Islam (istilah syarak) zakat bererti sejumlah harta tertentu yang diwajibkan oleh Allah SWT. diserahkan kepada orang yang berhak. Menurut al-Mawardi dalam Kitab al-Hawiy, zakat ialah nama bagi sesuatu pengambilan tertentu daripada harta yang tertentu menurut sifat-sifat tertentu dan untuk diberikan kepada golongan tertentu.

Tujuan zakat
1. Zakat dan jaminan sosial.
2. Penggerak ekonomi bagi golongan yang tidak mampu supaya memainkan peranan dalam ekonomi.
3. Menyuburkan kegiatan halal dalam aktiviti sosioekonomi umat Islam.
4. Membantu kegiatan dakwah dan pendidikan dalam masyarakat.
5. Mengiatkan semangat jihad dan kegiatan fisabililah.

Hikmah zakat
1. Memberi pertolongan orang susah dan fakir miskin.
2. Menjauhkan sifat-sifat bakhil orang Islam.
3. Menggalakkan umat Islam mengorbankan harta benda demi Islam.
4. Mengeratkan tali persaudaraan antara golongan berada dengan golongan miskin.
5. Sebagai tanda syukur atas nikmat-nikmat pemberian Allah SWT

5. Menunaikan Haji
etiap umat Islam yang cukup syaratnya (berkemampuan) wajib mengerjakan haji di Mekah. Haji ialah ibadat yang diperintahkan oleh Allah s.w.t. Orang yang menunaikan haji bukanlah kerana hendakkan keduniaan (gelaran atau menunjuknunjuk) tetapi kerana ibadat haji itu tuntutan agama.

Kewajipan mengerjakan haji diterangkan oleh Allah s.w.t. di dalam al-Qur’an dengan firman-Nya yang bermaksud:
…ۗ وَلِلَّهِ عَلَى ٱلنَّاسِ حِجُّ ٱلۡبَيۡتِ مَنِ ٱسۡتَطَاعَ إِلَيۡهِ سَبِيلٗاۚ وَمَن كَفَرَ فَإِنَّ ٱللَّهَ غَنِيٌّ عَنِ ٱلۡعَٰلَمِينَ

Dan bagi (kerana) Allah (wajib) atas manusia pergi ke rumah itu, (iaitu) siapa yang berkuasa mengadakan perjalanan kepadanya, dan barang siapa yang kufur maka sesungguhnya Allah itu kaya daripada alam semesta.
(Surah al-Imran: 97)
Ibadat haji tidak sebagaimana ibadat lain yang boleh dilakukan sewaktu berada di tempat kediaman di negeri sendiri. Sebaliknya, ibadat haji hanya boleh dikerjakan di kota suci Mekah dan dilakukan dalam musim haji sahaja iaitu pada bulan Zulhijjah. Ia juga memerlukan perbelanjaan dan kesihatan badan yang baik. Namum begitu, Allah SWT akan mempermudahkan semua itu kepada hamba-hamba-Nya yang bercita-cita untuk menunaikan haji sebagai tanggungjawab mereka sebagai seorang Islam. Oleh itu, kita sebagai hambanya perlu memasang niat untuk mengerjakan haji di samping berusaha untuk memenuhi keperluan yang diperlukan. Ini kerana haji merupakan satu jihad iaitu satu perjuangan, sebagaimana sabda Nabi SAW yang bermaksud:
Daripada Aisyah r.a dia berkata: Saya bertanya: Ya Rasullullah, apakah wanita itu wajib jihad? Baginda bersabda: Ya, bagi wanita ada jihad tanpa peperangan iaitu Haji dan Umrah.
(HR. Ahmad dan Ibu Majah)

Bagi menyempurnakan ibadat ini, wajib orang yang hendak mengerjakannya mempelajari segala rukun dan adab haji dengan betul, supaya hajinya itu diterima Allah SWT

Inilah 5 Rukun Islam yang mesti dijaga dengan baik oleh orang-orang beriman. Setiap ibadah dalam Rukun Islam ini mengandungi syarat, rukun, sunat dan perkara-perkara yang membatalkan ibadah itu. Untuk mengetahui perkara-perkara tersebut adalah dengan mempelajarai setiap ibadah (Rukun Islam) itu dengan tekun dan sabar sehinggalah ibadah yang dilaksanakan itu betul dan sempurna mengikut segala hukum-hakamnya. Melaksanakan ibadah tanpa ilmu adalah ditakuti tidak akan diterima.



Wednesday, 25 July 2018

Nabi Ulul Azmi



                                           Imej yang berkaitan


1.Nabi Musa as

-Nabi Musa as adalah nabi dan rasul yang hidup dizaman pemerintahan diktator raja zalim iaitu firaun.Pelbagai cabaran dan rintangan hidup terpaksa dihadapi bagi menyampaikan dakwah kepada semua kaumnya.Nabi musa as dilahirkan dimesir dan dibesarkan oleh Asiah isteri kepada firaun.Firaun dan pengikutnya amat membenci nabi musa as kerana menghalang kerja jahatnya.Pernah firaun meminta kaum dan pengikutnya membina sebuah bangunan tinggi(piramid) bagi dirinya naik ke atas langit lalu mengaku sebagai tuhan.Nabi musa as menyuruh firaun dan pengikutnya yang lain beriman kepada allah swt namun firaun terlalu angkuh dan bongkak sedangkan dia lupa Allah swt lebih berkuasa ke atas sesuatu makhluk.Akhirnya allah menurunkan azab yang amat pedih bagi firaun dan pengikutnya semasa dalam perjalanan mengejar nabi Musa memukul tongkatnya lalu terbelah laut merah yang menengelamkan semua pengikutnya yang sesat mati dalam keadaan amat dahsyat lagi mengerikan.



2.Nabi Isa as


-Nabi Isa as adalah nabi dan rasul yang diberi mukjizat oleh allah swt menyembuhkan penyakit kusta,buta dan sopak.Nabi Isa asa merupakan putra kepada Maryam yang mana benihnya telah  melahirkan baginda as tanpa persetubuhan antara mana-mana lelaki.Dengan sebab itu Maryam dituduh dan difitnah berzina  oleh kaum bani israel.Ada juga mengatakan nabi isa as adalah son of god atau anak tuhan.Dengan kekuasaan allah swt,keajaiban berlaku semasa Isa as masih kecil bercakap dan menafikan penzinaan ibunya Maryam.Isa tidaklah dibunuh mahupun disalib, tetapi Allah menyerupakan orang lain (Judas Iskariot) kepada muka baginda setelah sahabat nabi Isa itu mengkhianatinya dengan menjual baginda Isa Al-masih putera Maryam kepada tentera Rom. Nabi Isa a.s telah difitnah oleh orang yahudi yang ingkar dengan ajaran baginda yang meninginkan baginda dijatuhi hukuman bunuh oleh penguasa Rom,sedangkan Isa sendiri diangkat terus ke langit dan sahabatnya yang diserupakan tadi yang akhirnya adalah orang yang mati disalib.Apabila hampir kiamat nanti,Nabi Isa as akan diturunkan semula ke dunia bagi menentang dajjal laknatullah bersama dengan imam mahadi.Nabi Isa as akan membunuh dajjal dipintu Lud al aqsa.



3.Nabi Nuh as


-Nabi Nuh as merupakan nabi yang ketiga selepas nabi adam dan idris as.Kisah rentetan hidup Nuh as

sama juga seperti nabi-nabi yang lain yang menghadapi kaumnya durhaka dan tidak beriman kepada allah.Nabi Nuh a.s menjelaskan kepada kaumnya bahawa mustahil terdapat selain Allah Yang Maha Esa sebagai Pencipta. Ia memberikan pengertian kepada mereka, bahawa dunia telah lama menipu mereka dan telah tiba waktunya untuk menghentikan tipuan ini. Nuh menyampaikan kepada mereka, bahawa Allah SWT telah memuliakan manusia: Dia telah menciptakan mereka, memberi mereka rezeki, dan menganugerahi akal dan tubuh yang sihat kepada mereka. Manusia mendengarkan dakwahnya dengan penuh minat. Dakwah Nabi Nuh cukup menggoncangkan jiwa mereka.
Nabi Nuh menarik perhatian kaumnya agar melihat alam semesta yang diciptakan oleh Allah berupa langit dengan matahari, bulan dan bintang-bintang yang menghiasinya, bumi dengan kekayaan yang ada di atas dan di bawahnya, berupa tumbuh-tumbuhan dan air yang mengalir yang memberi kenikmatan hidup kepada manusia, pengantian malam menjadi siang dan sebaliknya yang kesemua itu menjadi bukti dan tanda nyata akan adanya keesaan Tuhan yang harus disembah dan bukan berhala-berhala yang mereka buat dengan tangan mereka sendiri.Di samping itu Nabi Nuh juga memberitakan kepada mereka bahwa akan ada ganjaran yang akan diterima oleh manusia atas segala amalannya di dunia iaitu syurga bagi amalan kebajikan dan neraka bagi segala pelanggaran terhadap perintah agama yang berupa kemungkaran dan kemaksiatan.Akan tetapi walaupun Nabi Nuh telah berusaha sekuat tenaganya berdakwah kepada kaumnya dengan segala kebijaksanaan, kecekapan dan kesabaran dan dalam setiap kesempatan, siang mahupun malam dengan cara berbisik-bisik atau cara terang dan terbuka ternyata hanya sedikit sekali dari kaumnya yang dapat menerima dakwahnya dan mengikuti ajakannya, yang menurut sementara riwayat tidak melebihi bilangan seratus orang. Mereka pun terdiri dari orang-orang yang miskin berkedudukan sosial lemah. Sedangkan orang yang kaya-raya, berkedudukan tinggi dan terpandang dalam masyarakat, yang merupakan pembesar-pembesar dan penguasa-penguasa tetap membangkang, tidak mempercayai Nabi Nuh mengingkari dakwahnya dan sesekali tidak merelakan melepas agamanya dan kepercayaan mereka terhadap berhala-berhala mereka, bahkan mereka berusaha dengan mengadakan persekongkolan hendak melumpuhkan dan menggagalkan usaha dakwah Nabi Nuh.


4.Nabi Ibrahim 

-Nabi ibrahim as adalah bapa bagi semua nabi.Nabi ibrahim as merupakan nabi atau rasul yg dilantik selepas nabi salleh as.Nabi Ibrahim as mempunyai isteri yang ramai.Isteri pertama bernama Siti Sarah yang berasal daripada mesir.Isteri kedua bernama Siti Hajar dan dikurniakan anak bernama Ismail.Siti Sarah mengizinkan suami nabi Ibrahim berkahwin dengan siti hajar disebabkan dirinya tidak boleh mengandung kerana mandul.Siti sarah merasa cemburu sedangkan dirinya cantik tapi belum masih ada zuriat.Dia meminta nabi Ibrahim as membawa diri dan isteri barunya ke tempat yang jauh.Tidak lama kemudian,denga izin allah Siti Sarah mengandung dan melahirkan anak lelaki bernama Ishaq.Semasa dalam perjalanan itu di padang pasir yang tandus dan kering saat genting kehausan dan kelaparan, Siti Hajar berlari 7 kali dari Bukit Safa ke Marwah.Disinilah terjadinya peristiwa nabi Ismail as menggali tanah dalam keadaan menangis kehausan dan terpancut mata air dari tanah tersebut.Terjadilah air zam zam yang sampai sekarang masih berada di makkah.Nabi Ibrahim pula mendapat tentangan sepanjang emnyampaikan dakwah daripada Raja Namrud.Baginda as diikat dan dibakar dalam api oleh Namrud namun dengan kuasa allah swt api itu menjadi sejuk.


5.Nabi Muhammad saw

-Khatimun anbiya(penutup segala nabi)itulah baginda rasulullah saw yang mulia perkertinya dan digelar al amin kerana boleh dipercayai ucapannya.Muhammad bin Abdullah dilahrkan di kota makkah dan dibesarkan oleh datuknya Abdul Muttalib.Apabila datuknya wafat,baginda dijaga oleh bapa saudaranya pula iaitu Abu Talib.Baginda saw menjadi yatim piatu sejak kecil lagi.Meningkat dewasa,baginda berkahwin dengan Khadijah binti Khuwailid isteri pertama rasulullah saw.Beza antara usia rasulullah saw dengan Khadijah adalah 25 tahun dimana Khadijah lebih tua.Baginda berniaga di syam dan menjadi saudagar yang terkenal dengan sikap peramah mesra dan baikhatinya pada setiap orang arab.Baginda melayan mereka sama rata dan sama adil.Antara mukjizat rasulullah saw adalah alquran dan bulan terbelah dua.Apabila tiba hari kewafatan bapa saudara dan isteri pertama baginda saw khadijah,allah telah menurunkan perintah solat dimana berlakunya peristiwa isra' mikraj diantara masjidil haram ke masjidil al aqsa hanya pada satu malam sahaja.Baginda saw naik hingga ke langit ketujuh dengan tunggangan buraq berjumpa dengan semua nabi sampailah ke sidratul muntaha.Sepanjang baginda menyebarkan dakwahnya,pelbagai rintangan dilalui.Abu Jahal dan Abu Lahab mengeluarkan kata-kata kesat dan berbaur hasutan kepada golongan arab supaya meninggalkan ajaran yang dibawa rasulullah saw.Namun allah berfirman dalam surah al lahab,dan "binasalah kedua-dua tanganmu abu lahab" begitulah azab yang pedih yang allah swt sediakan buatnya.Baginda saw juga pernah cuba dibunuh semasa tidur dikamarnya lalu digantikan oleh menantunya Sayidinna Ali bin Abi Talib.Semasa dalam perjalanan menyampaikan dakwah dari Makkah ke Taif,rasulullah saw dibaling batu hingga berdarah kepala .Masyarakat disana amat keras hatinya dan sukar menerima ajaran islam kerana masih mempertahankan ajaran nenek moyang mereka sejak dari dulu lagi.Rasulullah saw tidak pernah sekalipun kecik hati malah berputus asa.Baginda tetap menyampaikan dakwahnya walaupun diherdik dan dicaci .Dari peristiwa itu,kaum ansar dan muhajirin bersatu setelah sekian lama berkelahi dan tak persefahaman anatara mereka.Pada usia 63 tahun,baginda telah wafat dan meninggalkan kita dengan wasiat yang cukup menyedihkan semua.Baginda saw wafat pada hari isnin 12 Rabiul Awwal.