Definisi & Maksud Rukun Iman
Apakah maksud Rukun Iman?
Secara ringkas, Rukun Iman bermaksud tonggak atau dasar utama terhadap agama Islam.
Tiang keimanan (rukun iman) ini wajib dipatuhi setiap orang yang bergelar muslim.
Setelah mengetahui tentang dua kalimah syahadah, kita perlu mengetahui pula pengertian rukun iman dan rukun islam yang menjadi mahkota kehidupan insan yang bertakwa.
Pengertian Rukun Iman Dari Sudut Bahasa
Makna Iman dari segi bahasa adalah percaya, yakin dan membenarkan.
Pengertian Rukun Iman Dari Sudut Syarak
🔅Manakala, makna iman dari segi syarakpula adalah percaya dengan hati, mengaku iaitu percaya dengan hati, mengaku dengan lidah, dan beramal dengan anggota.Orang lelaki yang beriman disebut sebagai Mukmin manakala orang perempuan yang beriman pula disebut Mukminah.
Rukun Iman terdapat 6 perkara, iaitu:
- Beriman kepada Allah SWT.
- Beriman kepada malaikat.
- Beriman kepada kitab-kitab.
- Beriman kepada rasul-rasul
- Beriman pada hari Kiamat.
- Beriman qada’ dan qadar
A.Beriman Kepada Allah
Apakah maksud percaya kepada Allah?
Maksudnya adalah:
Mempercayai dengan penuh keyakinan bahawa Allah SWT yang mencipta alam ini dan Dialah Tuhan yang berhak disembah dan ditujukan segala pergantungan hidup.
🔅Kita tidak boleh memperhambakan diri dalam segala amalan dunia atau Akhirat melainkan keranaNya.
🔅Seterusnya mempercayai dengan penuh keyakinan bahawa Allah bersifat dengan segala sifat kesempurnaan seperti Maha Mendengar, Maha Mengetahui, Maha Pengasih, Maha Pemurah, Maha Adil dan sebagainya.
B.Beriman Kepada Malaikat
Apakah maksud beriman kepada Malaikat?
Maksudnya adalah:
🔅Mempercayai bahawa Allah SWT mempunyai pesuruh-pesuruh yang sentiasa patuh dan taat menjalankan segala titah perintahNya.
🔅Mereka itulah yang disebut malaikat yang bukan manusia dan bukan binatang.
🔅Mereka dicipta daripada cahaya dengan rupa bentuk yang tersendiri, berakal tetapi tidak mempunyai nafsu.
🔅Mereka tetap patuh dan tidak sesekali akan menderhakai Allah SWT.
🔅Mereka bukan lelaki dan bukan perempuan, bukan jin dan bukan syaitan.
C.Beriman Kepada Kitab
🔅Kitab ialah undang-undang dasar yang dijadikan pedoman atau pengajaran kepada manusia yang hendak dipimpin.
🔅Kitab diberikan kepada para rasul utusan Allah.
🔅Tetapi bagi rasul-rasul yang tidak mempunyai kitab, wajib bagi mereka mengikut dasar kitab yang terdahulu daripadanya.
D.Beriman Kepada Rasul
Allah SWT mewajibkan atas setiap orang Islam supaya beriman kepada semua rasul yang telas diutuskan olehNya tanpa membeza-membezakan antara seorang rasul dengan yang lain.
Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 285, maksudnya:
Kami tidak membeza-bezakan antara seorang pun (dengan yang lain) daripada rasul-rasulnya.
Maksud nabi dan rasul adalah seperti berikut:
🔅Seorang lelaki yang merdeka dan mendapat wahyu daripada Allah tetapi tidak ditugaskan menyampaikan kepada orang lain.
🔅Seorang lelaki yang merdeka dan mendapat wahyu daripada Allah dan ditugaskan untuk menyampaikannya kepada orang lain.Tujuan Allah mengutuskan Rasul adalah untuk mengajak umatnya beribadat kepada Allah dan menegakkan agamaNya.
🔅Menurut keterangan dalam riwayat oleh Abu Zarr al-Ghifari bahawa jumlah para nabi ialah sebanyak 124000 orang.Sementara yang menjadi rasul sebanyak 313 orang sahaja.Walau bagaimanapun, jumlah yang sebenarnya hanya Allah SWT Yang Maha Mengetahui.Daripada 313 orang itu, 25 orang sahaja yang disebut dalam al-Quran yang dimulai dari Adam a.s. sehinggalah kepada Nabi Muhammad SAW.
Nama-Nama Rasul
Nama-nama rasul yang wajib diketahui oleh setiap Mukmin dan Mukminah hanya 25 orang.
Nama-nama nabi dan rasul yang wajib diketahui:
- Adam a.s.
- Idris a.s.
- Nuh a.s.
- Hud a.s.
- Soleh a.s.
- Ibrahim a.s.
- Lut a.s.
- Ismail a.s.
- Ishak a.s.
- Yaakub a.s.
- Yusuf a.s.
- Ayub a.s.
- Syu’aib a.s.
- Musa a.s.
- Harun a.s.
- Zulkifli a.s.
- Daud a.s.
- Sulaiman a.s.
- Ilyas a.s.
- Ilyasa’ a.s.
- Yunus a.s.
- Zakaria a.s.
- Yahya a.s.
- Isa a.s.
- Muhammad SAW
E.Beriman Pada Hari Kiamat
Masalah yang berhubung dengan Hari Kiamat amat panjang huraiannya tetapi memadailah dalam artikel ini disentuh seimbas lalu.
Perkara-perkara yang berhubung dengan Hari Kiamat ialah bertitik tolak daripada kepercayaan kepada:
- Adanya mati.
- Pembalasan alam kubur, azab atau nikmat.
- Hari kebangkitan setelah dunia ini dihancurkan kesemuanya.
- Padang Mahsyar tempat kesemua manusia dan jin akan dikumpulkan untuk diadili.
- Dihisab segala amalan dan dilakukan neraca timbangan.
- Meniti titian (sirat).
- Ke Syurga atau ke Neraka.
F.Beriman Kepada Qada dan Qadar
Perkara terakhir dalam rukun iman adalah percaya kepada qada’ dan qadar.
Pengertian Qada’ dan Qadar
Maksud Qada’ dan Qadar adalah seperti berikut:
Qada"-Kejadian, hukum yang terjadi dan yang berlaku pada diri seseorang seperti kaya, miskin, elok, buruk, untung, rugi, hidup, mati dan sebagainya.
Qadar-Ukuran dan sukatan yang ditentukan atas tiap-tiap makhluk seperti Ahmad telah ditentukan akan sakit pada 1 Muharram.