HALAMAN UTAMA

Wednesday, 25 July 2018

Nabi Ulul Azmi



                                           Imej yang berkaitan


1.Nabi Musa as

-Nabi Musa as adalah nabi dan rasul yang hidup dizaman pemerintahan diktator raja zalim iaitu firaun.Pelbagai cabaran dan rintangan hidup terpaksa dihadapi bagi menyampaikan dakwah kepada semua kaumnya.Nabi musa as dilahirkan dimesir dan dibesarkan oleh Asiah isteri kepada firaun.Firaun dan pengikutnya amat membenci nabi musa as kerana menghalang kerja jahatnya.Pernah firaun meminta kaum dan pengikutnya membina sebuah bangunan tinggi(piramid) bagi dirinya naik ke atas langit lalu mengaku sebagai tuhan.Nabi musa as menyuruh firaun dan pengikutnya yang lain beriman kepada allah swt namun firaun terlalu angkuh dan bongkak sedangkan dia lupa Allah swt lebih berkuasa ke atas sesuatu makhluk.Akhirnya allah menurunkan azab yang amat pedih bagi firaun dan pengikutnya semasa dalam perjalanan mengejar nabi Musa memukul tongkatnya lalu terbelah laut merah yang menengelamkan semua pengikutnya yang sesat mati dalam keadaan amat dahsyat lagi mengerikan.



2.Nabi Isa as


-Nabi Isa as adalah nabi dan rasul yang diberi mukjizat oleh allah swt menyembuhkan penyakit kusta,buta dan sopak.Nabi Isa asa merupakan putra kepada Maryam yang mana benihnya telah  melahirkan baginda as tanpa persetubuhan antara mana-mana lelaki.Dengan sebab itu Maryam dituduh dan difitnah berzina  oleh kaum bani israel.Ada juga mengatakan nabi isa as adalah son of god atau anak tuhan.Dengan kekuasaan allah swt,keajaiban berlaku semasa Isa as masih kecil bercakap dan menafikan penzinaan ibunya Maryam.Isa tidaklah dibunuh mahupun disalib, tetapi Allah menyerupakan orang lain (Judas Iskariot) kepada muka baginda setelah sahabat nabi Isa itu mengkhianatinya dengan menjual baginda Isa Al-masih putera Maryam kepada tentera Rom. Nabi Isa a.s telah difitnah oleh orang yahudi yang ingkar dengan ajaran baginda yang meninginkan baginda dijatuhi hukuman bunuh oleh penguasa Rom,sedangkan Isa sendiri diangkat terus ke langit dan sahabatnya yang diserupakan tadi yang akhirnya adalah orang yang mati disalib.Apabila hampir kiamat nanti,Nabi Isa as akan diturunkan semula ke dunia bagi menentang dajjal laknatullah bersama dengan imam mahadi.Nabi Isa as akan membunuh dajjal dipintu Lud al aqsa.



3.Nabi Nuh as


-Nabi Nuh as merupakan nabi yang ketiga selepas nabi adam dan idris as.Kisah rentetan hidup Nuh as

sama juga seperti nabi-nabi yang lain yang menghadapi kaumnya durhaka dan tidak beriman kepada allah.Nabi Nuh a.s menjelaskan kepada kaumnya bahawa mustahil terdapat selain Allah Yang Maha Esa sebagai Pencipta. Ia memberikan pengertian kepada mereka, bahawa dunia telah lama menipu mereka dan telah tiba waktunya untuk menghentikan tipuan ini. Nuh menyampaikan kepada mereka, bahawa Allah SWT telah memuliakan manusia: Dia telah menciptakan mereka, memberi mereka rezeki, dan menganugerahi akal dan tubuh yang sihat kepada mereka. Manusia mendengarkan dakwahnya dengan penuh minat. Dakwah Nabi Nuh cukup menggoncangkan jiwa mereka.
Nabi Nuh menarik perhatian kaumnya agar melihat alam semesta yang diciptakan oleh Allah berupa langit dengan matahari, bulan dan bintang-bintang yang menghiasinya, bumi dengan kekayaan yang ada di atas dan di bawahnya, berupa tumbuh-tumbuhan dan air yang mengalir yang memberi kenikmatan hidup kepada manusia, pengantian malam menjadi siang dan sebaliknya yang kesemua itu menjadi bukti dan tanda nyata akan adanya keesaan Tuhan yang harus disembah dan bukan berhala-berhala yang mereka buat dengan tangan mereka sendiri.Di samping itu Nabi Nuh juga memberitakan kepada mereka bahwa akan ada ganjaran yang akan diterima oleh manusia atas segala amalannya di dunia iaitu syurga bagi amalan kebajikan dan neraka bagi segala pelanggaran terhadap perintah agama yang berupa kemungkaran dan kemaksiatan.Akan tetapi walaupun Nabi Nuh telah berusaha sekuat tenaganya berdakwah kepada kaumnya dengan segala kebijaksanaan, kecekapan dan kesabaran dan dalam setiap kesempatan, siang mahupun malam dengan cara berbisik-bisik atau cara terang dan terbuka ternyata hanya sedikit sekali dari kaumnya yang dapat menerima dakwahnya dan mengikuti ajakannya, yang menurut sementara riwayat tidak melebihi bilangan seratus orang. Mereka pun terdiri dari orang-orang yang miskin berkedudukan sosial lemah. Sedangkan orang yang kaya-raya, berkedudukan tinggi dan terpandang dalam masyarakat, yang merupakan pembesar-pembesar dan penguasa-penguasa tetap membangkang, tidak mempercayai Nabi Nuh mengingkari dakwahnya dan sesekali tidak merelakan melepas agamanya dan kepercayaan mereka terhadap berhala-berhala mereka, bahkan mereka berusaha dengan mengadakan persekongkolan hendak melumpuhkan dan menggagalkan usaha dakwah Nabi Nuh.


4.Nabi Ibrahim 

-Nabi ibrahim as adalah bapa bagi semua nabi.Nabi ibrahim as merupakan nabi atau rasul yg dilantik selepas nabi salleh as.Nabi Ibrahim as mempunyai isteri yang ramai.Isteri pertama bernama Siti Sarah yang berasal daripada mesir.Isteri kedua bernama Siti Hajar dan dikurniakan anak bernama Ismail.Siti Sarah mengizinkan suami nabi Ibrahim berkahwin dengan siti hajar disebabkan dirinya tidak boleh mengandung kerana mandul.Siti sarah merasa cemburu sedangkan dirinya cantik tapi belum masih ada zuriat.Dia meminta nabi Ibrahim as membawa diri dan isteri barunya ke tempat yang jauh.Tidak lama kemudian,denga izin allah Siti Sarah mengandung dan melahirkan anak lelaki bernama Ishaq.Semasa dalam perjalanan itu di padang pasir yang tandus dan kering saat genting kehausan dan kelaparan, Siti Hajar berlari 7 kali dari Bukit Safa ke Marwah.Disinilah terjadinya peristiwa nabi Ismail as menggali tanah dalam keadaan menangis kehausan dan terpancut mata air dari tanah tersebut.Terjadilah air zam zam yang sampai sekarang masih berada di makkah.Nabi Ibrahim pula mendapat tentangan sepanjang emnyampaikan dakwah daripada Raja Namrud.Baginda as diikat dan dibakar dalam api oleh Namrud namun dengan kuasa allah swt api itu menjadi sejuk.


5.Nabi Muhammad saw

-Khatimun anbiya(penutup segala nabi)itulah baginda rasulullah saw yang mulia perkertinya dan digelar al amin kerana boleh dipercayai ucapannya.Muhammad bin Abdullah dilahrkan di kota makkah dan dibesarkan oleh datuknya Abdul Muttalib.Apabila datuknya wafat,baginda dijaga oleh bapa saudaranya pula iaitu Abu Talib.Baginda saw menjadi yatim piatu sejak kecil lagi.Meningkat dewasa,baginda berkahwin dengan Khadijah binti Khuwailid isteri pertama rasulullah saw.Beza antara usia rasulullah saw dengan Khadijah adalah 25 tahun dimana Khadijah lebih tua.Baginda berniaga di syam dan menjadi saudagar yang terkenal dengan sikap peramah mesra dan baikhatinya pada setiap orang arab.Baginda melayan mereka sama rata dan sama adil.Antara mukjizat rasulullah saw adalah alquran dan bulan terbelah dua.Apabila tiba hari kewafatan bapa saudara dan isteri pertama baginda saw khadijah,allah telah menurunkan perintah solat dimana berlakunya peristiwa isra' mikraj diantara masjidil haram ke masjidil al aqsa hanya pada satu malam sahaja.Baginda saw naik hingga ke langit ketujuh dengan tunggangan buraq berjumpa dengan semua nabi sampailah ke sidratul muntaha.Sepanjang baginda menyebarkan dakwahnya,pelbagai rintangan dilalui.Abu Jahal dan Abu Lahab mengeluarkan kata-kata kesat dan berbaur hasutan kepada golongan arab supaya meninggalkan ajaran yang dibawa rasulullah saw.Namun allah berfirman dalam surah al lahab,dan "binasalah kedua-dua tanganmu abu lahab" begitulah azab yang pedih yang allah swt sediakan buatnya.Baginda saw juga pernah cuba dibunuh semasa tidur dikamarnya lalu digantikan oleh menantunya Sayidinna Ali bin Abi Talib.Semasa dalam perjalanan menyampaikan dakwah dari Makkah ke Taif,rasulullah saw dibaling batu hingga berdarah kepala .Masyarakat disana amat keras hatinya dan sukar menerima ajaran islam kerana masih mempertahankan ajaran nenek moyang mereka sejak dari dulu lagi.Rasulullah saw tidak pernah sekalipun kecik hati malah berputus asa.Baginda tetap menyampaikan dakwahnya walaupun diherdik dan dicaci .Dari peristiwa itu,kaum ansar dan muhajirin bersatu setelah sekian lama berkelahi dan tak persefahaman anatara mereka.Pada usia 63 tahun,baginda telah wafat dan meninggalkan kita dengan wasiat yang cukup menyedihkan semua.Baginda saw wafat pada hari isnin 12 Rabiul Awwal.

4 Sifat Wajib Rasul


                                               Hasil carian imej untuk sifat nabi muhammad


   
















A.SIDDIQ(Benar)

-Rasulullah saw dalam ucapan dan pertuturan nya sentiasa benar.1. SIDIQ (JUJUR)

Setiap rasul pasti jujur dalam ucapan dan perbuatannya. Apa apa yang telah disampaikan kepada manusia baik berupa wahyu atau khabar sesuai dengan apa yang telah diterima dari Allah tidak boleh dilebihkan atau dikurangkan. Dalam erti lain apa yang disampaikan kepada manusia pasti benar adanya, kerana memang bersumber dari Allah. Ucapan dan perbuatannya itu tiada lain hanyalah wahyu yang diwahyukan atau risalah yang diterima dari Allah.”Apa yang diberikan Rasul kepadamu maka terimalah dia. Dan apa yang dilarangnya bagimu maka tinggalkanlah,” (al-Hasyr, 7)

2. AMANAH (Percaya)
Amanah bererti boleh dipercayai baik zahir atau batin. Sedangkan yang dimaksudkan di sini bahawa setiap rasul adalah dapat dipercaya dalam setiap ucapan dan perbuatannya. Para rasul akan terjaga secara zahir atau batin dari melakukan perbuatan yang dilarang dalam agama, begitu pula hal yang melanggar etika.
“Sesungguhnya aku adalah seorang rasul kepercayaan (yang diutus) kepadamu,” (asy-Syuara’ 143)

3. TABLIGH (Menyampaikan)
Sudah menjadi kewajipan para rasul untuk menyampaikan kepada manusia apa yang diterima dari Allah berupa wahyu yang mengandungi didalamnya hukum hukum agama. Jika Allah memerintahkan para rasul untuk menyampaikan wahyu kepada manusia, maka wajib bagi manusia untuk menerima apa yang telah disampaikan dengan keyakinan yang kuat sebagai bukti atau saksi akan kebenaran wahyu itu.
Allah berfirman, “(iaitu) orang-orang yang menyampaikan risalah-risalah Allah, mereka takut kepada-Nya dan mereka tiada merasa takut kepada seorang (pun) selain kepada Allah. Dan cukuplah Allah sebagai Pembuat Perhitungan.” (al-Ahzab, 39).Hal ini bisa dikiaskan bahawa jika Allah memberikan wahyu kepada para rasul untuk tidak disampaikan atau dirahsiakan kepada manusia, maka tidak wajib bagi manusia untuk mempelajarinya. Sedangkan menyampaikan adalah hal yang wajib dan menyembunyikan adalah hal yang terlaknat dan tercela.

4. FATHONAH (Bijaksana)
Dalam menyampaikan risalah Allah, tentu memerlukan kemampuan, diplomasi, dan strategi khusus agar wahyu yang tersimpan didalamnya hukum-hukum Allah dan risalah yang disampaikan boleh diterima dengan baik oleh manusia. Kerana itu, seorang rasul wajib memiliki sifat cerdas. Kecerdasan ini sangat berfungsi terutama dalam menghadapi orang-orang yang membangkang dan menolak ajaran Islam.
Maka diharuskan bagi kita untuk meyakinkan bahawa para rasul itu adalah manusia yang paling sempurna dalam penampilan, akal, kekuatan berfikir, kecerdasan dan pembawaan wahyu yang diutus pada zamannya. Kalau saja para rasul itu tidak sesuai dengan sifat sifatnya maka mustahil manusia akan menerima dan mengakuinya. Sifat-sifat itu merupakan satu hujah bagi mereka agar apa yang disampaikan boleh diterima dengan baik.
 

Allah berfirman: “Dan itulah hujah Kami yang Kami berikan kepada Ibrahim untuk menghadapi kaumnya.” (al-An’am, 83).











Antara 73 Golongan 1 Masuk Syurga



                                    Yang Akan Masuk Surga Hanya Satu Golongan Yaitu Al Jama’ah

Islam merupakan satu-satunya agama yang dapat membawa manusia menuju kehidupan akhirat yang bahagia, karena islam adalah agama yang diredhai oleh sang pencipta alam semesta ini yaitu Allah azza wajalla.
Namun ada sebuah hadits yang menerangkan bahwa umat islam (buka agama islam) akan terpecah menjadi 73 golongan, yang 72 masuk neraka dan yang satu masuk syurga, siapakah yang satu golongan ini? Berikut sabda Nabi :
عَنْ عَوْفِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ: قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: اِفْتَرَقَتِ الْيَهُوْدُ عَلَى إِحْدَى وَسَبْعِيْنَ فِرْقَةً فَوَاحِدَةٌ فِي الْجَنَّةِ وَسَبْعُوْنَ فِي النَّارِ وَافْتَرَقَتِ النَّصَارَى عَلَى ثِنْتَيْنِ وَسَبْعِيْنَ فِرْقَةً فَإِحْدَى وَسَبْعُوْنَ فِي النَّارِ وَوَاحِدَةٌ فِي الْجَنَّةِ وَالَّذِيْ نَفْسُ مُحَمَّدٍ بِيَدِهِ لَتَفْتَرِقَنَّ أُمَّتِيْ عَلَى ثَلاَثٍ وَسَبْعِيْنَ فِرْقَةً وَاحِدَةٌ فِيْ الْجَنَّةِ وَثِنْتَانِ وَسَبْعُوْنَ فِيْ النَّارِ، قِيْلَ: يَا رَسُوْلَ اللهِ مَنْ هُمْ؟ قَالَ: الْجَمَاعَةُ.
Dari ‘Auf bin Malik, ia berkata: “Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, ‘Yahudi terpecah menjadi 71 (tujuh puluh satu) golongan, satu (golongan) masuk Surga dan yang 70 (tujuh puluh) di Neraka. Dan Nasrani terpecah menjadi 72 (tujuh puluh dua) golongan, yang 71 (tujuh puluh satu) golongan di Neraka dan yang satu di Surga. Dan demi Yang jiwa Muhammad berada di Tangan-Nya, ummatku benar-benar akan terpecah menjadi 73 (tujuh puluh tiga) golongan, yang satu di Surga, dan yang 72 (tujuh puluh dua) golongan di Neraka,’ Ditanyakan kepada beliau, ‘Siapakah mereka (satu golongan yang masuk Surga itu) wahai Rasulullah?’ Beliau menjawab, ‘Al-Jama’ah.’(Ibnu Majah, dalam kitab Sunan-nya Kitabul Fitan bab Iftiraaqil Umam no. 3992.)

Golongan yang terselamat disebutkan dalam hadis ini ialah golongan jamaah yang mana golongan sahabat,orang alim,ulama yang berpegang pada sunnah dan ajaran Nabi Muhammad saw.Golongan sahabat menjadikan Rasulullah saw sebagai rujukan mereka dan gaya hidup sezaman dengan baginda saw.Istiqamah dijalan kebenaran berlandaskan sunnah hadis  dan alquran.Golongan seperti ini diakhir zaman tidak terlalu ramai kerana ada yang sudah rosak akhlak mahupun akidahnya.Berdoalah kita semua semoga tergolong dalam golongan yang terselamat dari azab api neraka nanti.amin..

Wednesday, 18 July 2018

6 Pesanan Imam Ghazali



Imej yang berkaitan




A)Paling Dekat Itu Mati

- Banyak benda yang paling dekat.Contohnya paling dekat ada yang akan jawab sahabat,dekat rumah,ayah,ibu dan macam-macam jawapan lagi.Tapi jawapan paling tepat yang paling dekat dengan kita semua ialah mati kerana mati itu pasti.."kullu nafsiin zaaikatulmaut"(setiap manusia pasti merasai mati).Ia tidak kira usia kita tua atau muda kaya atau miskin,bijak atau bodoh.Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara.Kematian itu adalah paling menyakitkan dan memeritkan apabila nyawa dicabut oleh malaikat izrail as.Amal dan taqwa menjadi bekalan kita apabila tiba disana iaitu alam barzakh.

B)Paling Jauh Itu Masa Lalu

-Jika ditanya pada anda semua apa yang paling jauh dengan kita?pasti ada yang akan menjawab matahari,negeri sabah,rumah kassim,bilik bos dan macam-macam lagi.Apa yang utama paling jauh adalah masa lalu.Masa lalu disini bermaksud masa yang kita semua pernah melaluinya ia berlaku dan menjadi sejarah pada hari ini.

C)Paling Besar Itu Nafsu

-Jika ditanyakan pada semua apa yang paling besar ada yang jawab bulan,bumi gajah atau pasaraya giant haha..kelakar bukan.Tapi yag nyata dan jelasnya jawapannya hanya satu iaitu paling besar nafsu.Nafsu ada pada semua orang.Tapi apabila tidak mengawalnya ia boleh menguasai pemikiran seseorang itu dan bertindak diluar kawalan.Bermujahadah atau berperang dengan nafsu itu adalah perkara yang terbaik.Nafsu ini ada yang nafsu makan,nafsu serakah,nafsu syahwat.Apa-apapun kita sebagai umat islam harus memerangi nafsu dengan berpuasa atau lebih banyak mengingati allah.Insyallah hati kita akan menjadi tenang dan aman.

D)Paling Berat Itu Amanah

-Apa paling berat dalam dunia ini?mesti ada yang terpinga-pinga menjawabnya.Ada yang jawab meja,tong gas,batu bata,besi dan sebagainya.Namun yang paling berat ialah amanah.Kenapa amanah?sebabnya kerana amanah ramai yang tidak jujur dan boleh dipercayai apabila diberi kepercayaan memegang sesuatu hak atau benda.Contoh sebuah syarikat yang mendapat keuntungan dengan banyaknya namun ada pembelot yang menggelapkan duit syarikat itu.Akhirnya syarikat itu
muflis dan mengalami kerugian.Ibarat berat bahu memikul,berat lagi memegang amanah.

E)Paling Ringan Itu Tinggal Solat

-Apa paling ringan dalam dunia ini?kapas,pensil,kertas atau sebagainya jawapan yang bermain difikiran apabila ditanyakan pada anda.Tapi jawapan yang paling tepat sekali adalah tinggalkan solat.Pelik bukan?jawapannya macam tak boleh diterima tapi itulah hakikatnya.Solat itu tiang agama,tanpa tiang boleh ke kita nak binakan sebuah rumah?begitulah perumpamaanya yang mana imam gahzali ra pernah bertanyakan pada muridnya dan jawapannya adalah tinggal solat.Ia benar,kerana solatlah ramai yang cuai dan banyak menghabiskan masa dengan duniawi sehingga mengabaikan perintah allah swt ini.Kerja yang banyak bertimbun-timbun dekat opis boleh buat,tapi solat hanya 5 minit sahaja tak sempat buat.Allah swt berfirman,tidak aku ciptakan jin dan manusia melainkan menyembah padaku.

F)Paling Tajam Itu Lidah

-Apa paling tajam dalam dunia ini?adakah pisau,pedang,duri atau lain-lain.Itu semua
betul tapi paling tepat adalah lidah.Kerananyalah ramai yang berkelahi sesama saudara sanggup membunuh,mengumpat,menyebar fitnah dan menjadi batu api.Terlajak perahu boleh diundur,terlajak kata buruk padahnya.Kerana nya jugalah ramai yang berbohong melakukan kerosakan dan kejahatan.Ia berbisa seperti ular boleh merebak kepada sesiapa yang terkena.
Jadi beringatlah kita sebelum berlaku perkara buruk dikelak hari.