HALAMAN UTAMA

Sunday, 19 October 2014

Sifat Mahmudah Dan Sifat Mazmumah







SIFAT MAHMUDAH


-Sifat mahmudah(yang terpuji)adalah sifat yang mendorong ke arah 
kebaikan dan sentiasa dalam keadaan tenang apabila melakukannya.
Ia berkaitan dengan hati dimana, "dalam seketul daging ada seketul darah,
Jika baik ia maka baiklah semuanya ketahuilah ia adalah hati.
"Antara jenis-jenis sifat mahmudah ialah:



  1. Tawadhuk(rendah diri)
     -Yakni merendah diri dihadapan allah swt sebagai hambanya yang kerdil dan melakukan       sebaik amalan bagi mendapat keredhaan dari allah swt.


    2.Tawakkal   


-Yakni berserah diri kepada allah bulat-bulat dengan atas usaha dan ikhtiar yang dilakukan.Apa-apa jua berlaku baginya redha dan pasrah dengan ketentuan allah swt.


  3.Khauf(takutkan allah)  


-Yakni orang yang hatinya sentiasa mengingati allah swt dalam keadaan susah mahupun senang sehingga berlinangan airmatanya kerana takutkan allah.


4.Sabar


-Yakni sifat kesabaran dalam menghadapi sebarang ujian dan dugaan yang menimpa.  bagi orang yang beriman,mereka lebih banyak diduga dengan pelbagai ujian.tidak  beriman seseorang itu selagi mereka tidak  diuji.


5.Syukur


-Yakni sifat orang yang beriman sentiasa bersyukur atau berterima kasih atas pemberiannikmat yang allah swt kurniakan.Seperti firman allah swt"jika kamu bersyukur,aku akan tambahkan nikmatmu,dan jika kamu kufur,allah akan menambahkan azab siksa yang berat lagi pedih".


6.Ikhlas


-Yakni sifat orang yang beriman ikhlas melakukan setiap amalan ibadah yang 

dikerjakan semata-mata hanyalah lillahitaala.


7.Zuhud


-Yakni sifat orang yang beriman hanya lebih mengejar ukhrawi(akhirat)daripadaduniawi(dunia).Mereka hanya mengambil dunia 

sebagai sekadar keperluan sahaja dan banyak beribadah siang malam kepada allah swt.


SIFAT MAZMUMAH

-Sifat mazmumah(yang tercela)ialah sifat yang dibenci oleh allah swt dimana mendorong kearah kejahatan dan melakukan maksiat.ia juga berkait dengan penyakit hati yang boleh merosakkan jiwa dan akal fikiran seseorang.Antara jenis-jenis sifat mazmumah ialah:


1.Riak

-Sifat seperti ini menunjukkan rasa riak seperti bangga diri pada sesuatu yang ada padanya.Sebagai contoh dia memiliki kereta baru yang mewah kemudian cuba bandingkan dengan seorang kawannya yang miskin mempunyai motorsikal sahaja.Nauzubillah minta dijauhkan sifat seperti ini kerana boleh memakan diri sendiri dan akan dipandang hina oleh allah swt.Segala amalannya tidak akan diterima disisi allah swt ibarat debu yag berterbangan.Nauzubillahiminzalik..


2.Hasad Dengki

-Sifat seperti ini ada pada seseorang apabila ia berasa cemburu atau iri hati melihat orang lain lebih hebat dan berjaya daripadanya.Sifat seperti ini boleh memutuskan hubungan silaturahim sesama saudara muslim.Nauzubillahiminzalik..


3.Takkabur(Sombong)

-Sifat takabbur ada pada seseorang apabila dia berasa dirinya hebat gagah dan bijak daripada orang lain disekelilingnya.Berjalan dimuka bumi allah swt dengan megahnya tanpa tunduk ke bumi,melangkah dengan sombong tanpa pedulikan orang lain dengan hentakan tapak kasut yang agak branded diimport dari USA.Tidak bertegur sapa dengan sesiapa hanya buat hal sendiri sahaja.


4.Ujub(Bangga diri)

-Sifat seperti ini sama juga seperti takabbur bangga diri berasa diri hebat,angkuh 
dengan kejayaan yang dimiliki,tidak mempedulikan orang lain,baginya orang lain adalah hamba orang kasta yang layak duduk dibawah tapak kasut kakinya sahaja.


5.Ghibah(Mengumpat)

-Sifat ini tergolong dalam salah satu dosa besar. Ada pada seseorang apabila dia ada cerita sensasi atau gosip baru yang diterima daripada reporter kilat  menceritakan kembali perihal laku buruk jiran-jiran atau orang sekelilingnya.Sesungguhnya rasullullah saw mencegah daripada mengumpat kerana perbuatan ini ibaratkan fitnah yang boleh membunuh manusia.Perlu dijaga hati,lisan terutamanya daripada mengeluaran kata-kata kesat yang boleh menyakitkan hati antara satu sama lain.


6.Bakhil(Kedekut)

-Sifat ini ada pada seseorang apabila ia berharta mempunyai banyak tanah,wang berlipat gandayang digunakan kejalan keburukan dan kemaksiatan.Orang seperti ini akan menyayangi wangnya daripada keluargannya sendiri.Bila diminta untuk sedekah buat amal jariah jauh panggang dari apikerana sifat kedekutnya lah yang membuatkan dia jadi sombong dan alpa pada suruhan Allah swt.Allah swt amat membenci orang seperti ini malah bila dia mati akan ditanya oleh malaikat mungakr nakir kemanakah harta banyak-banyak itu dibelanjakan?pangkat,darjat keturunan tidak menjanjikankesenangan dan kebahagiaan.Ingat allah swt tentu hati akan jadi tenang dan bahagia.




Saturday, 18 October 2014

7 Golongan Yang MendapatPerlindungan@ Naungan Allah SWT






1)Pemimpin/Pemerintah Yang Adil

-Pemerintah yang adil. Ini kerana tanggungjawab dipikul pemerintah dalam melaksanakan keadilan adalah perkara yang amat berat dan bukanlah mudah bagi seorang pemimpin untuk melaksanakan keadilan terhadap semua rakyatnya. Sekiranya keadilan ini berjaya ditunaikan, ganjarannya adalah amat besar sekali. Namun jika gagal, dia menjadi pemerintah yang zalim dan azab menanti di akhirat.


2)Orang Yang Hatinya Sentiasa Terikat Pada Masjid 

-Sesungguhnya terdapat hadis menyebutkan bahawa dua hayunan kaki yang melangkah ke masjid ganjarannya amat besar di sisi Allah SWT dan dikategorikan sebagai satu sedekah.


3)Dua Orang Sahabat Yang Berjumpa dan Berpisah Kerana Allah Taala

-Hubungan yang terjalin di atas dasar yang bercanggah dengan syariat sehingga melanggar batas agama, adab kesopanan dan sebagainya adalah hubungan yang menjurus ke arah dosa dan maksiat. Seharusnya ikatan kasih sayang yang dijalinkan sesama manusia mestilah ikhlas  dan mendapat keredhaan Allah agar perhubungan itu mendapat pahala, restu dan keberkatan daripada-Nya.


4)Orang yang Bersedakah Sehingga Tangan Kirinya Tidak Tahu Apa Yang Diberikan

-Menggambarkan mengenai keikhlasan hati orang yang bersedekah. Sesungguhnya tidak ramai orang dapat menyembunyikan kebaikan dilakukannya melainkan akan terdapat perasaan riak dan ingin menunjuk supaya mendapat pujian atau sanjungan dari orang ramai.

5)Orang Yang Sentiasa Mengingati Allah 

-Dimana orang ini sentiasa menangis berlinangan airmata dan menyesali perbuatan dosanya dengan memperbanyakkan mengingati allah disamping mengamalkan zikir-zikir munajat dengan rasa rendah diri dan memperhambakan dirinya semata-mata hanyalah kepada allah swt.

6)Pemuda Yang Sentiasa Mengerjakan Ibadat

-Menggambarkan seorang pemuda yang hatinya terikat pada satu iaitu solat.Ini kerana sebaik-baik masa dan semahal-mahal harganya di dalam hidup seseorang manusia adalah ketika alam remaja kerana pada usia muda seseorang berbagai ujian dan godaan terpaksa ditempuhi. Maka beruntunglah pemuda yang berjaya melepasi rintangan itu.


7)Orang Yang Diajak Bermaksiat Namun Menolaknya

-Menggambarkan seseorang yang diajak untuk melakukan maksiat penzinaan lalu menolaknya kerana takut dan gentar akan azab allah swt.Lalu dia beristighfar memohon keampunan dari allah swt.




3 Amalan Yang Ditinggalkan Selepas Kematian





Sesungguhnya apabila mati seseorang anak adam maka terrputuslah semua 
haknya kecuali 3 amalan yang dapat membantu:

1)Doa Anak Yang Saleh

-Anak yang soleh mendoakan untuk keselamatan arwah atau simati supaya mendapat ketenangan dan
 dan kedamaian dialam barzakh sana.

2)Ilmu Yang Bermanfaat

-Ilmu yang dimanfaatkan oleh seseorang dan menyampaikannya kepada orang lain.


3)Sedekah/Amal Jariah

-Sedekah atau amal kebajikan yang dilakukan sepanjang hayat hidupnya di dunia kemana harta diinfakkan ke jalan kebaikan atau kejahatan.Juga  menyedekahkan bacaan yassin yang dibaca pada setiap malam jumaat kepada si mati.

Cegah Dengan Tangan,Lisan Dan Hati




Cegah Dengan Tangan,Lisan dan Hati






A.Tangan

-Cegah dengan tangan yakni kita menghentikan perbuatan itu dengan bertindak sewajarnya keatas mereka.Bukan mengasari tapi berlembut sedikit.


B.Lisan


-Cegah dengan mengeluarkan perkataan yang baik-baik,tarbiyah atau lebih tepat berdakwah mengajaknya ke arah kebaikan pergi solat ke masjid berjemaah atau buat amal jariah.Seperti dakwah yang rasulullah saw gunakan,dengan penuh berhikmah dan tidak mengasari orang yang ingin mendekati pada islam.


C.Hati


-Selemah-lemah iman adalah mencegah perbuatan mungkar melalui hati.hati yang bersih dan suci membenci segala perbuatan kemungkaran dan kemaksiatan yang berlaku.




Fahami Betul-betul...


 Faham betul-betul......





Petikan ini penulis ambil daripada al fadhil ustaz haslin bahrin iaitu lebih 
dikenali dengan "ustaz boliwood penceramah tersohor abad kini".hehe...cuba kita renungkan sejenak,dan bermuhasabah diri sudahkah kita memperbaharui iman kita hari ini?jawapan itu ada pada diri anda sendiri.bak kata pepatah 'tepuk dada tanya iman".Andaikata sebesar mana dosa dan kesalahan kita yang dilakukan pada hari ini atau semalam,allah swt itu akan membuka pintu taubat seluas-luasnya dari bumi hingga ke langit kepada hambanya yang ingin kembali kepada fitrah suci.